4 Peringkat Ilmu

Keyakinan itu ada pelbagai peringkat.

1- Ilmul Yakin- Kita meyakini sesuatu hanya sekadar tahu atau sekadar ilmu. Contoh: Kita tahu Kaabah ada tetapi kita belum benar-benar lihat secara live.

2- Ainul Yakin: Kita pergi ke Makkah dan melihat Kaabah tetapi sekadar melihat atau kita lihat di TV hanya sekadar lihat. Kita yakin dengan apa yang kita lihat dan ia masih keyakinan melalui pandangan.

3- Haqqul Yakin- Kita menyentuhnya, memegangnya, merabanya, merasainya, mengalaminya. Maka ia menjadi Haqqul Yakin, keyakinan yang benar benar yakin.

4- Kamalul Yakin- Keyakinan yang sempurna dengan penuh penyaksian, penuh perasaan, penuh pengalaman, sepenuh hati dan jiwa.

Begitulah kita di dalam mempelajari sesuatu juga. Ramai orang mulanya tidak percaya, tetapi tahap keyakinan boleh berubah mengikut kuasa tindakan kita.
Dikuasakan oleh Blogger.