Gambar Orang Muslim Di Gereja dikatakan Murtad

Kebenaran adakah murtad atau apa pun tidak dapat dipastikan tetapi PDRM sahkan ini bukan di Malaysia.
GAMBAR SEKUMPULAN MUSLIM DI GEREJA BUKAN DI MALAYSIA:
Penyebaran gambar-gambar melalui media sosial yang seakan-akan cuba membayangkan bahawa sekumpulan muslim terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja, telah mencetuskan kegusaran dan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat Islam di negara ini.
Adalah disahkan bahawa gambar-gambar tersebut BUKAN melibatkan sebarang rakaman upacara yang berlaku di Malaysia. Pihak polis juga tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung isu ini.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memuat naik atau menyebar sebarang bahan yang tidak sahih melalui media sosial kerana ia berupaya menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.
ACP DATIN ASMAWATI BT AHMAD
PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
Dikuasakan oleh Blogger.