Rahsia Upin dan Ipin Musim Baru
Dewasa mahupun kanak-kanak pasti semua kenal dengan Upin dan Ipin yang menjadi fenomena di Malaysia. Disini ada beberapa perubahan pada cerita musim baru Upin dan Ipin.
Video Paparan HDUntuk musim ke 8 ini, pihak Les’ Copaque telah mengambil satu langkah kehadapan iaitu menghasilkan animasi Upin & Ipin di dalam papapan HD. Pada beberapa tahun yang lepas, Upin & Ipin telah dihasilkan menggunakan size paparan PAL yang mana ianya khusus untuk siaran TV di Malaysia. Selain kerana size PAL ini lebih cepat dihasilkan ianya merupakan requirementwajib bagi penyiar TV di Malaysia, lebih-lebih lagi bagi TV9.
Rekaan Karakter Baru
Berkesinambungan dari penghasilan video paparan HD, setiap karakter di dalam siri Upin & Ipin juga telah diperbaiki. Semua karakter kali ini nampak lebih hidup dan lebih menarik. Karakter-karakter utama telah dimodel semula dan diperkemas supaya lebih mudah digerakkan dan nampak lebih “lively”.
Pelakon Suara Baru Kak Ros
Sebagai peminat setia Upin & Ipin, pasti ada yang sudah menyedari pertukaran Pelakon Suara baru bagi watak Kak Ros. Perubahan baru ini adalah bertujuan untuk memberi nafas baru kepada watak Kak Ros yang kali ini tampak lebih hidup dan beremosi. Bersesuaian dengan perubahan pada model Kak Ros yang baru, pertukaran pelakon suara Kak Ros ini dilihat amat bersesuaian. Pelakon suara Kak Ros yang terbaru adalah Nisa.
Nisa adalah adalah salah seorang warga kerja Les’ Copaque yang dilihat mirip dan memiliki perwatakkan yang hampir sama seperti Kak Ros. Mari kita ucapkan semoga berjaya kepada Nisa dan semoga berjaya menjadi watak Kak Ros.