Masalah Screen Laptop Berkelip-kelip

Bagaimana untuk mengatasi masalah screen laptop anda berkelip-kelip sehingga mengganggu anda untuk buat kerja? Sebelum anda habiskan duit menukar screen laptop yang baru apa kata anda cuba periksan sendiri dahulu. Berdasarkan pengalaman saya, screen laptop yang berkelip mungkin disebabkan supply yang mengalip ke screen terganggu. Biasanya masalah screen laptop berkelip-kelip ini terjadi kerana laptop sudah lama usianya. Jadi bagaimana untuk anda atasi masalah ini?

Pertama sekali anda mesti ada sedikit kemahiran membuka screen laptop atau jika tiada kemahiran anda perlu beri sesiapa yang tahu. Kedua anda perlu melihat wayar yang dihubungkan ke screen laptop dari motherboard. Biasanya masalah ini berpunca daripada wayar yang tersepit dan bersimpul atau mungkin putus sedikit. Supply tidak dapat dialirkan dengan baik ke screen dan menyebabkan screen laptop anda berkelip-kelip. Mudah sahaja, hanya betulkan semula wayar yang tersepit dan siap!


Dikuasakan oleh Blogger.